icon-search
icon-search


5 Cara Pastikan Udara Dalam Rumah Bersih


home2.jpg


Situasi semasa yang melanda negara kita, seperti pandemik COVID-19 serta keadaan cuaca tak menentu memaksa kita untuk terus kekal berada di rumah. Lagi baik dapat luangkan masa bersama keluarga kan!

Namun, udara di dalam rumah pun tak tentu selamat! Memetik laporan United States Environmental Protection Agency (EPA), kualiti udara di dalam rumah adalah lebih tercemar berbanding udara di luar. Ha serius lah!

Apa Kepentingan Udara Bersih Dalam Rumah?

Menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat, kualiti udara tercemar (di dalam rumah mahupun di luar rumah) telah menjejaskan 25 juta penduduk pada tahun 2017, termasuk 7 juta kanak-kanak.

Masalah kesihatan kerana udara dalam rumah tercemar ini termasuklah penyakit lelah, sesak nafas, tidur tak lena dan gatal-gatal seluruh badan.

Jangan tak tahu yang asma atau penyakit lelah ini juga menyebabkan peningkatan 17 juta kali lawatan ke hospital dan klinik berbanding penyakit lain.

Nampak tak kepentingan perlunya udara dalam rumah yang bersih ini? Bukan sahaja untuk kesihatan tetapi juga keselesaan sekeluarga. selanjutnya




8 Pokok Herba Boleh Halau Dalam Rumah!


Ada orang tak suka tanam pokok berbunga, jadi apa kata cuba tanam pokok herba! Selain boleh buat memasak, ia juga berkesan untuk halau serangga dalam rumah anda dengan berkesan!

Tak kira lah anda tinggal di bandar, luar bandar atau rumah jenis apa yang anda duduk, pasti akan dihantui dengan masalah serangan serangga perosak!

Cara mudah kebanyakkan orang lakukan ialah dengan menggunakan penyembur serangga untuk menghilangkan serangga degil ini.

Anda perasan tak walaupun dah banyak kali disembur, serangga ini masih aktif bekeliaran di seluruh kawasan rumah anda.

Malah, kalau kerap sangat guna racun serangga, ada kemungkinan wujud kesan tak berapa baik kepada manusia dan alam sekitar pula. Bahan kimia kan?

Jangan bimbang, ada satu cara terbaik yang mesra alam untuk menghalau serangga di kediaman anda.

Tanam sahaja pokok herba di rumah anda! Mesra alam, boleh buat masak dan boleh halau serangga perosak. Apa lagi kita nak kan? Selanjutnya


b688.jpg







Tip Hias Rumah Bajet Musim COVID-19!


p1.jpg


Antara 10 inspirasi di bawah ni, termasuk kuasa cat dan baik pulih perabot lama, meriahkan bilik tidur saiz kecil, menggunakan perabot rotan dan barangan antik, dan ruang lama bergaya moden.

Wawasan 2020 akhirnya jadi wawasan duduk di rumah. Sebabnya, kita hendak membantu memutuskan rantaian jangkitan COVID-19, sokongan kecil yang kita boleh sumbangkan untuk pasukan kesihatan yang bertungkus lumus memastikan negara selamat.

Rakyat Malaysia pula memang baik hati dan ikut arahan. Menurut Astro Awani, kadar kepatuhan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dikuatkuasa bermula 18 Mac lalu pernah mencecah 99%, memang lulus cemerlang!

Malangnya, sejak kebelakangan ni, kes COVID-19 kembali naik menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasa di Sabah, Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya sehingga hujung Oktober, dan kawasan lain masih pula berada dalam tempoh pemulihan.

Walaupun PKPB tidaklah seketat PKP, ramai antara kita masih memilih untuk mengurangkan pergerakan keluar, kerana kita tahu betapa seriusnya situasi sekarang. See, rakyat Malaysia memang patuh arahan!

Memandangkan kebanyakan kita akan kembali bekerja dari rumah dan bagi mereka yang berkeluarga, anak-anak kembali berkurung dalam rumah, pastinya ramai yang mencari-cari aktiviti baharu.

Kami percaya salah satu aktiviti yang boleh dilakukan adalah menghias semula atau mendekorasi rumah anda. Berkurung dalam rumah yang lebih cantik, selesa dan kemas sudah tentu lebih baik kepada kesihatan dan mood kita.selanjutnya





20 Warna Cat Rumah Terkini Untuk 5 Ruangan Rumah Anda!


article1.jpg


Warna cat rumah boleh pengaruhi emosi anda. Jom tengok contoh warna dan kod cat untuk ruang tamu, ruang makan, dapur, bilik air dan bilik tidur yang kami kumpulkan untuk anda ni!

Bila nak menghias dan mencantikkan rumah, antara tip pertama yang selalunya anda akan jumpa ialah memilih warna cat rumah yang sesuai.

Warna cat memang sangat penting sebab ia boleh membuat ruang nampak luas, kecil, terang, ceria, suram dan macam-macam lagi.

Cat dinding rumah juga mampu mengubah suasana sesuatu ruang dan boleh diserasikan dengan hiasan-hiasan lain mengikut citarasa masing-masing.

Selain daripada memberikan aura yang tersendiri, warna cat dalam rumah juga mempunyai makna yang tertentu dan dapat memberi kesan kepada emosi anda.

Setiap warna pula memberi maksud tersendiri dan boleh mempengaruhi mood anda. Jadi kena pandai pilih!

Memang ada pelbagai warna dan bila tiba masa untuk memilih, boleh rambang mata bila pergi ke kedai cat. Dalam katalog cat tu boleh kata ada 1001 warna cat rumah, berbeza-beza pula jenis dan kualitinya.

Untuk membantu anda mencari warna cat yang sesuai, kami bahagikannya ikut ruangan rumah. Bagi setiap warna juga, kami sediakan kod atau nama warna beberapa jenama cat terkemuka di Malaysia.

Jom tengok! selanjutnya



8 Kelebihan & 6 Jenis Lampu Solar Anda Perlu Tahu!


00256.jpg


Cara lampu solar berfungsi adalah dengan menjana tenaga dari matahari dan menyimpannya dalam bateri. Ketahui 8 kelebihan dan kelemahan penggunaannya serta 6 jenis lampu solar sesuai digunakan di Malaysia!

Sekarang ni, bil elektrik makin lama makin mahal. Lebih-lebih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan. Ini kerana semua ahli keluarga membuat aktiviti di rumah setiap masa.

Bayangkan kipas dan aircond sentiasa terpasang, menonton televisyen sampai ke malam dan juga lampu dibiarkan hidup sampai ke pagi.

Jadi tak mustahil lah caj elektrik anda naik melambung tiba-tiba. Dalam situasi yang tak menentu ni kita seharusnya berjimat cermat dalam penggunaan elektrik.

Bagi menyelesaikan masalah ini, apa kata anda cuba untuk gunakan lampu solar berbanding lampu elektrik. Bukan setakat dapat jimatkan bil, cara ini juga sangat mudah untuk dilaksanakan.selanjutnya


10 Siri Dekorasi Rumah & Hartanah Di Netflix 2021 Patut Tengok!


002563.jpg


Netflix memang banyak rancangan menarik, kami senaraikan 10 rancangan deko rumah dan berkaitan hartanah untuk anda seperti Selling Sunset, Mortgage or Marriage dan Dream Home Makeover. Stay safe!

Kita sekarang hidup dalam keadaan tak menentu disebabkan lonjakan kes pandemik yang sedang meningkat tak turun-turun di Malaysia.

Buat masa ni Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dah berkuat kuasa untuk tempoh empat minggu bermula 12 Mei 2021 lalu. 

Nampak gaya ramai jugalah yang duduk rumah balik sebab masa berniaga singkat, mula putaran kerja (work rotation), kena kerja dari rumah, terpaksa ambil cuti dan sebagainya.

Bila dah terkurung dalam rumah dan tak ke mana, boleh tepu jadinya. Walaupun situasi ni kita tak boleh nak elak, kami tak nak anda stress-stress di rumah tau.

Anda boleh buat banyak aktiviti berfaedah atau boleh guna masa ini untuk renovate atau dekorasi rumah supaya jadi lagi cantik dan menarik.

Tak ada idea? Apa lagi, bolehlah tengok Netflix yang ada pelbagai rancangan renovasi dan dekorasi.

Kalau rasa Netflix mahal, sebenarnya Netflix Malaysia ada pakej hanya RM17 sebulan untuk telefon bimbit atau tab. Bolehlah kan? selanjutnya


21 Tips Deko Penyeri Rumah Anda!


101.jpg

CLICK HERE FOR ENGLISH VERSION

Nak deco rumah anda, tak susah mana pun! Banyak tip mudah boleh dicuba, seperti mengubah suai perabot, mencipta ruang baru atau selitkan pilihan warna segar. Dengan inspirasi yang betul, kediaman anda pasti jadi lebih menawan.

 Nak deko rumah perlukan kreativiti, ye tak? Tapi, anda tak perlulah beriya, sampai mengubah keseluruhan rupa atau konsep rumah anda semata-mata nak nampak kreatif. Banyak sebenarnya inspirasi di luar sana yang boleh anda cuba dan ciduk.

Kadang-kadang tu ada yang dah nampak apa nak dibuat, macam-macam idea ada dalam kepala, tapi tak tahu nak mula dari mana dan sebagainya. Akhirnya, sampai ke sudah, tak ada apa yang berubah.

Jangan risau okay! Mendekorasi kediaman semudah menyusun kembali perabot untuk memaksimakan ruang. Lagipun, rumah yang dihias dengan sentuhan tersendiri pasti lagi cun!

Mana tahu, bila anda nak jual hartanah anda nanti, kreativiti anda ini bolehlah dijadikan satu kelebihan nak jual.

Tanpa membuang masa, jom kita semak 21 idea deko deco yang boleh anda cuba bagi menceriakan dan menyerikan kediaman anda. Selamat mencuba! selanjutnya


12 Tumbuhan Dalaman Untuk Rumah Yang Lebih Sihat


102.jpg

CLICK HERE FOR ENGLISH VERSION

Kawasan yang tidak menarik akan kelihatan senada dan membosankan, jadi salah satu cara untuk menaikkan ruang dalaman anda adalah dengan menambahkan sedikit unsur kehijauan yang subur di dalam rumah anda!

Tak kiralah anda jenis ‘tangan sejuk’ atau memang seorang yang sangat menghargai tumbuhan oleh kerana nilai estetikanya, memang tak dinafikan yang cara berkesan untuk mencantikkan rumah anda ialah dengan menggunakan pokok hiasan dalam rumah.

Selain tu, tumbuhan juga didapati sangat bermanfaat untuk kesihatan dan kesejahteraan anda kerana ia dapat membersihkan udara dan menyediakan persekitaran lebih tenang yang membantu dalam mengurangkan stres dan mengawal tekanan darah.

Semasa memilih tumbuhan untuk kediaman anda, penting untuk mempertimbangkan keperluan fisiologi tanaman seperti jumlah cahaya matahari, tempat teduh dan kelembapan yang diperlukan selain daripada memilih jenis tumbuhan yang anda sukai. 

Disebabkan oleh keperluan ni, beberapa tumbuhan dalaman mungkin memerlukan lebih/kurang penjagaan atau lebih sesuai diletakkan di kawasan tertentu di rumah anda berbanding tumbuhan dalaman yang lain.

Lebih baik letakkan tumbuhan dalaman di bahagian kediaman anda yang sudah tentu akan memberikan khasiat semula jadi yang mencukupi.

Di sini, kami telah senaraikan tumbuhan dalaman yang terdapat di Malaysia bersesuaian dengan pelbagai ruang di kediaman anda.selanjutnya..


Minimalis VS Maksimalis: Idea Deko Untuk 5 Ruang Rumah Anda


103.jpg


Bila nak menghias rumah, sentuhan peribadi memang digalakkan. Tapi semuanya berbalik pada anda, nak pilih konsep sederhana (minimalis) atau berlebihan (maksimalis). Kedua-dua pun menarik untuk dicuba, persoalannya mana satu kena dengan jiwa? 

Semua mahukan kebebasan berekspresi baik dari soal berpakaian, cara pembawakan diri hinggalah hiasan dan susun atur rumah.

Bagi mana-mana kediaman, ianya lebih bersifat peribadi, maklumlah di situlah tempat anda beristirehat, nak ‘sweet-sweet’ dengan tersayang dan sebagainya.

Namun untuk dapatkan ruang ideal, anda perlu kenal diri sendiri dulu. Yang pasti bagaimana anda menghias dan menyusun atur sedikit sebanyak menceritakan keperibadian anda.

Dengan memahami selera individu, anda boleh temukan keseimbangan dalam ruang tersebut sekaligus mengenal pasti sama ada anda seorang yang minimalis (berjiwa sederhana) atau maximalis (berani dan kreatif).

Namun perasan tak, konsep minimalis dilihat lebih popular. Ya lah, bila ditanya konsep rumah idaman rata-rata menyebut minimalis. Ya betul, ada yang lebih suka lihat ruang kosong berbanding kepadatan perabot di satu-satu tempat. Semak katanya.

Tapi tak salah pun kalau nak cuba konsep yang bertentangan, asalkan ianya memberikan anda keselesaan dan kepuasan dalam diri. Persoalannya, adakah anda #gengminimalis atau #teammaksimalis? Jom kita teroka kedua-dua konsep ini dengan lebih terperinci.selanjutnya



10 Deco Rumah Kecil Cantik Untuk Malaysia


0025.jpg


Rumah kecil di Malaysia ni tak kisahlah perumahan PPR atau studio apartment ada persamaan iaitu ruang tak berapa besar. Tapi, kenalah mula menghias, nak tunggu rumah besar bila entah dapat. Ikuti 10 tips terbaik pastikan rumah kecil anda jadi syurga!

Rumah kecil tapi comel bukan lagi perkara asing untuk ramai rakyat Malaysia. Disebabkan kos sara hidup yang tinggi, ramai yang terpaksa menyewa atau membeli unit di kediaman bertingkat kos rendah, studio apartment, perumahan PPR atau rumah mikro. 

Bila saiz rumah pun kecil, ada antara mereka yang rasa tak berbaloi nak hias rumah kecil tu. Alaaa janganlah macam tu. Tak kiralah rumah besar ke kecil, kita mesti nak rasa suasana rumah yang selesa dan harmoni. Betul tak?

Ada banyak cara untuk kita deko rumah kecil tanpa perlu mengeluarkan belanja yang banyak. Sama ada anda sukakan hiasan yang simple ataupun bergaya ala-ala Bridgerton, pilihannya terletak di tangan anda!

Yang penting, biar sedap mata memandang setiap kali pulang selepas penat bekerja. Bila rumah tersusun cantik, hati kita pun tenang dan senang!

Jika anda tak tahu mana nak mula, jangan pening-pening kerana kami dah kumpulkan pelbagai inspirasi dekorasi rumah kecil atau perumahan ppr untuk memberikan anda idea. Walaupun rumah kecil, ia masih boleh dihias seperti banglo yang mewah!

Tanpa melengahkan masa, mari kita tengok 10 cara dan tips deco rumah kecil yang menawan lagi tertawan.selanjutnya



 


Your cart is currently empty.
Continue shopping